Saturday, June 11, 2005

Kaki judi, penzina Aceh berdepan hukuman sebat

JAKARTA: Pihak berkuasa di Aceh akan mula menguatkuasakan hukuman rotan ke atas kaki judi yang didapati bersalah dalam usaha terbaru melaksanakan undang-undang Islam di wilayah itu, kata seorang pegawai kerajaan semalam.

Datuk Bandar Aceh Timur di bandar Bireuen, Mustofa Gelanggang, berkata bermula Jumaat ini, pihak berkuasa akan merotan 20 kaki judi dengan tujuh sebatan menggunakan rotan sepanjang 2 meter sebelum solat Jumaat.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pemangku Datuk Bandar Aceh, Azwar Abubakar yang menandatangani undang-undang berkenaan.

Undang-undang itu mula dirangka sejak dua tahun lalu selepas Aceh menjadi wilayah pertama di Indonesia mewujudkan mahkamah syariah yang membenarkan undangundang Islam berdasarkan al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad SAW dikenakan ke atas pesalah.

Azwar dijangka akan menandatangani undang- undang tambahan dalam tempoh beberapa minggu lagi untuk merotan mereka yang berzina dan kesalahan lain, kata Mustofa.

Penduduk Kristian dan fahaman lain di wilayah berkenaan bagaimanapun tidak akan dikenakan undang-undang berkenaan atau didakwa di mahkamah syariah.

Aceh adalah wilayah yang mengamalkan undang-undang Islam di Indonesia. Pegawai berkata usaha orang Islam untuk melaksanakan undang-undang di wilayah lain di republik itu pasti tidak akan berjaya.

Kejadian tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember lalu mengorbankan 128,000 orang memusnahkan banyak kemudahan asas di wilayah itu dan menyebabkan undangundang Islam termasuk mewajibkan wanita bertudung, tidak dapat dilaksanakan buat seketika.

Namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, mahkamah syariah sudah mula berfungsi dan saksi berkata polis menahan wanita yang berpakaian mencolok mata.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran
untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.
(All things belong to Allah, s.w.t.)
email : pemudawilayah@yahoo.com atau : wilayah2008@yahoo.com