Saturday, June 11, 2005

G8 mansuh hutang negara miskin

LONDON: Kumpulan negara maju dunia menandatangani perjanjian bersejarah semalam untuk serta merta melupuskan semua hutang negara termiskin dunia, kebanyakannya di Afrika berjumlah lebih AS$ 40 bilion (RM 152 bilion).

Mesyuarat Menteri KewanganKumpulan Lapan (G8) di London turut bersetuju memasukkan sembilan lagi negara untuk layak mendapat pelupusan 100 peratus hutang membabitkan AS$ 11 bilion dalam tempoh 12 hingga 18 bulan lagi, kata Menteri Kewangan Britain, Gordon Brown.

Menteri kewangan itu yang membuat persiapan untuk sidang kemuncak di Scotland pada 6 dan 7 Julai depan, membentangkan kenyataan paling menyeluruh berkaitan isu hutang, pembangunan, kesihatan dan kemiskinan. – AFP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran
untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.
(All things belong to Allah, s.w.t.)
email : pemudawilayah@yahoo.com atau : wilayah2008@yahoo.com