Monday, June 20, 2005

Jenayah AS, Britain: Kempen di Iraq cabul undang-undang antarabangsa

Image hosted by Photobucket.com

LONDON: Penasihat undang-undang Kementerian Luar Britain sudah mengingatkan kerajaannya dan Amerika Syarikat yang tindakan mengebom Iraq beberapa bulan sebelum bermulanya serangan itu memangnya salah mengikut undang-undang antarabangsa.

Akhbar The Sunday Times melaporkan, 10 tahun sebelum serangan ke atas Iraq pada Mac 2003, AS dan Britain memastikan pasukan tentera Saddam Hussein terpinggir dengan melaksanakan langkah zon larangan terbang di utara dan selatan Iraq.

Maklumat kerajaan Britain menunjukkan, hampir setahun sebelum serangan itu bermula, mereka melancarkan serangan yang kerap, termasuk tindakan menggugurkan bahan letupan yang meningkat daripada 0.3 tan pada April 2002 kepada 10.4 tan pada Jun dan diikuti 54.6 tan pada September tahun sama.

Malah, maklumat dokumen bocor pada 23 Julai, 2002, membabitkan mesyuarat Perdana Menteri Tony Blair dengan pegawai kanan kerajaan, memetik Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld sebagai berkata:

“AS sudah memulakan ‘beberapa aktiviti’ bagi memberi tekanan ke atas kerajaan Saddam.”

Namun, penasihat undang-undang Kementerian Luar Britain ketika itu mengingatkan yang pesawat tentera negara itu hanya boleh meronda di kawasan zon larangan terbang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika itu belum meluluskan Ketetapan 1441 yang digunakan bagi menghalalkan serangan tentera itu dan Kongres AS sendiri tidak membenarkan penggunaan tindakan kekerasan itu sehingga Oktober 2002.

Akhbar Sunday Times itu memetik kenyataan Lord Goodhart, Naib Presiden Suruhanjaya Pakar Undang-Undang Antarabangsa yang menyokong pendapat penasihat undang-undang kementerian berkenaan.

“Tindakan mereka jelas bercanggah undang-undang jika tujuannya untuk melembutkan pendirian kerajaan bagi tujuan penaklukan di masa depan atau pun untuk mengkucar kacirkan Iraq,” katanya dalam rencana yang ditulis wartawan terkemuka Britain, Michael Smith, yang sebelum ini pernah mendedahkan beberapa siri maklumat bocor beberapa bulan sebelum serangan itu.

Sementara itu, sebuah pergerakan Sunnah dan kumpulan al-Qaeda di Iraq menafikan serangan tentera Amerika kelmarin menyebabkan kematian lebih 50 orang pejuang.

Sebaliknya, mereka berkata, serangan itu yang digelar ‘Operation Spear,’ hanya membunuh wanita dan kanak-kanak selain memusnahkan rumah, sekolah dan bangunan awam lain di sekitar Karabila dan Qaim dekat sempadan Syria.

“Operasi itu akan mencetuskan perpecahan di kalangan penduduk,” menurut kenyataan Persatuan Pemimpin Agama Islam yang marah dengan taktik tentera penjajah.

Ketua doktor hospital utama di Qaim, Hamdi al-Alusi, berkata dia melihat 10 mayat dan merawat 17 orang yang cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Pergerakan al Qaeda di Iraq pula berkata tiada pejuang maut kerana serangan tentera musuh itu.

“Mereka berbohong. Bom mereka mengenai orang awam,” menurut kenyataan kumpulan itu. – Agensi

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran
untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.
(All things belong to Allah, s.w.t.)
email : pemudawilayah@yahoo.com atau : wilayah2008@yahoo.com