Tuesday, June 21, 2005

Demonstrasi Anti-Tembok

Image hosted by Photobucket.com

"Selasa , 21/06/2005 -Penduduk di pecan Al-Samo dengan disertai oleh komiti anti-tembok Israel mengadakan duduk beramai-ramai di kawasan "Ras Wadi Hunaihen", timur pekan tersebut di mana tentera penjajah Israel (TPI) cuba berebut dan merampasnya dari penduduk Palestin. Berlaku pertempuran kecil dengan penduduk yang cuba membuat provokasi. Namun begitu, tidak ada kecederaan dilaporkan

TPI dengan serta merta mengumumkan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan tertutup dan mula menendang mereka yang sedang duduk di situ dan memerintahkan mereka keluar dari tanah tersebut.

Kami tidak akan menyerahkan tanah kami. Kami akan meneruskan aktiviti protes ini bagi menunjukkan penolakan kami terhadap apa yang sedang dilakukan oleh tentera Israel terhadap tanah air kami yang tercinta ini” Ujar Khalil Al-Khalaileh, salah seorang penduduk setempat di situ.

Menurut Azmi Al-Shuyokhi, setiausaha umum komiti Palestin Popular, berkata bahawa Al-Khalil adalah daerah yang paling teruk terdedah dengan kejadian rampasan tanah yang pernah disaksikan oleh mana-mana kawasan lain.

Dalam masa yang sama TPI, disokong oleh kenderaan tentera menyerbu masuk ke dalam Bandar Beit Foreek, di selatan bandar Nablus, dan mengenakan perintah berkurung di kawasan tersebut.

Pertempuran meletus di antara rakyat Palestin yang membaling batu dengan askar yang bersenjata lengkap dan kejam yang menembak peluru hidup dan peluru getah dengan disertai gas pemedih mata ke arah penduduk yang tidak bersenjata. Namun begitu tidak ada kecederaan dilaporkan.

Note: http://www.palestine-info.net
penterjemah : abu raudah "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran
untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.
(All things belong to Allah, s.w.t.)
email : pemudawilayah@yahoo.com atau : wilayah2008@yahoo.com