Saturday, June 18, 2005

Omar Suleiman Naib Presiden Mesir?

KAHERAH 17 Jun - Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan bertanding mempertahankan jawatannya bagi penggal kelima dan akan melantik naibnya sendiri, kata jurucakapnya, Suleiman Awad.

Suleiman berkata, beliau akan mengumumkan sendiri pencalonan melalui ucapan di televisyen sebaik sahaja Dewan Rendah meluluskan undang-undang pilihan raya yang baru.

Speaker Parlimen, Fathi Srour memberitahu, undang-undang itu dijangka diluluskan esok.

Beliau menambah, Parlimen juga menolak cadangan membenarkan calon yang mempunyai dua kewarganegaraan sebagai calon pilihan raya Presiden atas permintaan Hosni.

Menurut Suleiman, ia merupakan penggal terakhir bagi Hosni, 77, yang mahukan pilihan raya yang adil, bebas dan demokratik.

Sepanjang 23 tahun pentadbirannya, Hosni tidak pernah melantik Naib Presiden.

Empat orang Presiden Mesir selepas kejatuhan monarki adalah anggota tentera.

Para penganalisis berkata, presiden baru daripada orang awam mungkin sukar mentadbir jika tidak mendapat pengiktirafan tentera.

Beliau dijangka melantik seorang bekas pegawai tentera yang juga ketua perisikan, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden.

Minggu lalu, Omar dilihat mengadakan pertemuan dengan para pegawai Palestin sebelum berlepas ke Israel bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon. - Agensi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran
untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.
(All things belong to Allah, s.w.t.)
email : pemudawilayah@yahoo.com atau : wilayah2008@yahoo.com