Saturday, June 18, 2005

Tentera AS lancar Operation Spear

BAGHDAD 17 Jun - Tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran bersama-sama dengan 1,000 anggota tentera laut dan tentera Iraq di barat laut negara itu dalam usaha menghentikan siri keganasan yang melanda negara ini sejak dua tahun lepas.

Operasi yang diberi nama Operation Spear bermula pada waktu subuh di wilayah Anbar dalam usaha menangkap anggota pemberontak dan pejuang-pejuang asing.

Wilayah Anbar yang terletak merentangi sempadan Syria turut menyaksikan satu serangan udara oleh tentera AS minggu lalu yang mana ia berjaya membunuh kira-kira 40 anggota pemberontak.

Pelancaran operasi itu bermula sehari selepas Brigadier Jeneral Don Alston dari tentera Udara menyifatkan kawasan di sempadan Syria sebagai kawasan paling bermasalah khususnya dalam konteks untuk mengawal kemasukan pejuang-pejuang asing ke Iraq.

Sepanjang minggu lepas, tentera Laut AS sudah kehilangan 11 anggota dan dua kelasi dalam beberapa siri keganasan di wilayah Anbar.

Kerajaan Syria kini menerima tekanan yang hebat dari Washington dan Baghdad untuk mengetatkan kawasan sempadannya sepanjang 611 kilometer itu.

Pada 11 Jun yang lalu, tentera laut AS bertempur dengan kumpulan pemberontak selepas pemberontak berjaya menguasai Karabilah berhampiran dengan bandar Qaim yang terletak kira-kira 320 kilometer ke barat Baghdad. - AP

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©1425/2004 pemudawilayah.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran
untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.
(All things belong to Allah, s.w.t.)
email : pemudawilayah@yahoo.com atau : wilayah2008@yahoo.com